Thursday 28 June 2012

UJIAN PISAU

ASSALAMUALAIKUM...

Baru-baru aku telah mengikuti ujian seni pisau untuk kenaikan bengkung yang telah dianjurkan oleh  Majlis Gurulatih Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Ujian ini adalah kesinambungan daripada Kursus seni pisau yang telah dijalankan.Ujian telah diadakan pada hari ahad,10 june 2012 bertempat di dewan orang ramai bandar tun razak,cheras KL.Kelayakan untuk mengambil ujian ini adalah peserta mestilah terlibat dengan kursus pisau yang telah dijalankan dan berbengkung merah cula 3 keatas.Seramai 10 orang peserta telah mengambil ujian pada hari tersebut.(8putera 2puteri).Penguji yg menguji pada hr ujian tersebut adalah cikgu izahar abas dan cikgu ab aziz othman sebagai pemerhati.kepada sahabat2 yg mengambil ujian semoga berjaya.Alhamdulillah ujian pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar.Terima kasih diucapkan kepada cikgu2 yg terlibat yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami selama ini...semoga Ilmu yang diperolehi dapat digunakan kearah kebaikan dan memberi manfaat hendak-Nya..Amin

...serangkap pantun dari saya...

 "...Dari Daik pulang ke Daik 
   Sehari-hari berkebun pisang
   Budi baik dibalas baik 
   Dalam hati dikenang orang..."


Gambar-gambar semasa ujian tersebut:-

 aku berpasangan dgn cikgu zulkarnain batu 14..

   aku di "belasah" oleh cikgu zul...hehehe

   aku kena "belasah" lagi....hehehe

     hanya satu pasang srikandi mengambil ujian

      memerhatikan sahabat2 yg sedang di uji...

     mendengar amanah dr cikgu yg menguji kami

    peserta lelaki yg mengambil ujian

      mendengar pesanan dr cikgu izahar abas & cikgu aziz

  mendengar pesanan dr cikgu izahar abas & cikgu aziz 02

    mendengar pesanan dr cikgu izahar abas & cikgu aziz 03

   ujian asas elakan seni pisau

     ujian gulungan seni pisau 21

    membuka gelangang sebelum menjalani ujian

    antara orang2 kuat" yg mengerakan Gayong KL

       cikgu izahar abas memberikan nasihat kepada anak2 Gayong

   sebelum membuka gelangang

    cikgu zulkafli memberi taklimat kpd peserta

      sebelum membuka gelangang 02

     peserta berbincang sebelum ujian dijalankan

   peserta bersiap untuk mengambil ujian

 semua anak Gayong mendengar pesanan dr cikgu ezahar abas & cikgu aziz othman



sumber:-

*gambar ihsan dr gelangang az-zahra puchong.


Friday 8 June 2012

KURSUS PEMUSNAHAN

                                          Gelangang Warisan Laksamana

ASSALAMUALAIKUM...

Baru-baru aku telah mengikuti kursus Pemusnahan yang telah dianjurkan oleh Gelangang Warisan Laksamana,Sg.Besi,Kuala Lumpur...Kursus ini dibawah kelolaan Majlis Gurulatih Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..Kursus ini telah menjemput Cikgu Sazali Meor Rahman sebagai Tenaga Pengajar dan dibantu oleh beberapa orang cikgu(cikgu Rahman Ibrahim,cikgu Rizal Ramli,cikgu Zulkafli,cikgu Boy,cikgu Jamal,cikgu Shidi,cikgu Khalid TG.Malim dll).Selain itu kehadiran Guru-guru lama juga memeriahkan lagi Kursus ini seperti cikgu Ezhar Abas,cikgu Ab aziz,cikgu Muhammad Nor,Kumbang Hitam dll..Penyertaan yg begitu mengalakan menjadikan kursus ini sangat meriah dan menyeronokan kepada anak-anak Gayong yang belum pernah berjumpa dengan Guru-guru lama Gayong...banyak ilmu yang diberikan antaranya pecah botol,pecah kelapa,pecah cermin,pecah bata,buluh,genting...selain itu ada juga diberikan tip-tip buah serangan,kuncian dll..semoga Ilmu yang diperolehi dapat digunakan untuk perkara kebaikan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk..Amin


bersama Cikgu Edy Gelangang Az-zahra,Puchong..

Kata-kata Semangat daripada Cikgu Sazali..

Tenaga Pengajar & urus setia Majlis..

Kata-kata Aluan dari cikgu shidi selaku Penganjur majlis.. 

sesi pemanas badan sebelum kursus bermula..

 sesi buka gelangang sebelum kursus bermula..

Cikgu sazali menunjukan teknik cara membengkokan penutup botol..

cara melawan musuh yg ramai " emas sepukal"..

"Buah Cindai"

teknik mengunci musuh..

mencari "rasa"..

cikgu zul berbaring di atas kaca sambil cikgu sazali menetak mengunakan sundang..

cikgu jamal bawah dipijak oleh cikgu boy..

cikgu sazali menguli badan cikgu jamal..

para peserta mengumpul&mengutip serpihan genting..

lompat atas kaca..

kursus tamat-"peserta bersalam" 

ambil berkat dari cikgu ezhar abas selaku "khalifah besar negeri Selangor"...