Wednesday 23 May 2012

KURSUS SENI PISAU KL 2012

.Assalamualaikum...

Rasanya dah lama aku tak menulis dan menjengah blog aku ni,rindu rasanye...hari ni tergerak plak hati untuk menjengah blog ni.kebelakangan ini aku sibuk ckit dengan urusan keluarga dan aktiviti2 yg lain..insyaALLAH selepas ini aku cuba untuk istiqomah utk menulis dan menjegah blog aku ni...

Beberapa Minggu yang lepas aku telah mengikuti Kursus Seni Pisau PSSGM yang telah di anjurkan oleh Majlis Gurulatih Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. kursus ini telah dijalankan di Kompleks MUHIBAH Ampang Jaya, terletak di Taman Nirwana, AMPANG,SELANGOR.Kursus ini berlangsung selama 3hari iaitu setiap malam sabtu bermula pada 5,12,19/5/2012.Gurulatih yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar kami adalah cikgu RIZAL RAMLI dan dibantu oleh antaranya cikgu Rahman Ibrahim,cikgu Zulkafli,cikgu Boy,cikgu Rosman Sukim,cikgu Ibrahim Rajab,cikgu Suhaimi,cikgu Rosaidi Daud,cikgu Yan dll(sorry kalo ada yg lupa nama dan x tulis)..dan dengan kehadiran Guru2 lama Gayong Malaysia, Tuan Haji Mohd Sani Morni,Cikgu Ezhar Abas,Cikgu Ab Aziz telah memeriahkan lagi kursus ini..Peserta yg menyertai kursus ini seramai 34++orang..banyak ilmu yg dicurahkan dan dikongsikan kepada kami,terima kasih yang x terhingga kepada sume gurulatih yg telah mencurahkan ilmu..."JASAMU DIKENANG"...Semoga ILMU yang diperolehi ini dapat digunakan kearah jalan yang lebih Baik...Amin.

partner bersama cikgu eddy pd mlm ke-2.

serangan radak sula..."cepat elak" .

Makan2 selepas tamat sesi latihan.

"Tunjuk ajar ku sifoo"...cikgu rizal vs cikgu rahman.

tunjuk ajar dr cikgu rizal-"makan pasir".

                                          Siap siaga menanti serangan cikgu eddy az-zahra.