Wednesday 24 September 2014

PERALATAN PRINTING UNTUK DIJUAL


assalamualaikum, saya nak jual peralatan printing silk screen & peralatan2 percetakan cenderahati dan button badge. kalau ada yg minat nak beli boleh sms/ call/ whatsapp 019 6760 119 untuk perbincangan lanjut.
terima kasih.




SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!

Thursday 5 June 2014


Pertandingan Padat Shah Alam 
























Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Anak2 Gayong KS.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dgn limpah kurnia-Nya, Kem Latihan Berpusat PSSGM Cawangan Daerah Kuala Selangor dapat dijalankan dengan jayanya.

Jutaan terima kasih diucapkan kpd YDP PSSGM daerah Kuala Selangor, Tn Hj Lamsah bin Arbai kerana telah sudi membenarkan majlis tersebut diadakan di kawasan kediaman beliau dan menggunakan kemudahan yang terdapat dirumahnya.

Terima kasih juga yang tak terhingga kepada gurulatih2 yang terlibat:-
1)cikgu Rosman Sukim
2)cikgu Rizal Ramli
3)cikgu Zulfadhzil Azim Hambali
4)cikgu Mursyidul Jumaan Sabran
5)cikgu Fairuz Jamahadi
6)cikgu Eddie Mirwan
7)cikgu Rizal Rejab
8)cikgu Izzuddin Rahuddin
9)cikgu Yusman Haris
10)cikgu Omar Najib Hj Ahmad

dan kepada semua gurulatih2 yg hadir memberi sumbangan dari segi tenaga, masa dan sebagainya yang tidak saya sebutkan namanya. Diharap permulaan ini adalah salah satu langkah kepada PSSGM KS untuk aktif kembali di arena Persilatan dan terus bangkit.



















Friday 19 July 2013

MAJLIS PERLIMAU TAPAK & UJIAN BENGKONG BERPUSAT PSSGM KUALA SELANGOR 2013



PETIKAN FB KATA-KATA DARI SETIAUSAHA PSSGM-KS

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Anak2 Gayong KS.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dgn limpah kurnia-Nya, Majlis Penerimaan Murid & Ujian Kenaikan Bengkung Berpusat PSSGM Cawangan Daerah Kuala Selangor dapat dijalankan dengan jayanya.

Jutaan terima kasih diucapkan kpd Pengerusi Majlis Adat Silat Seni Gayong Negeri Selangor, Tn Hj Selamat bin Mat Raji kerana telah sudi menyempurnakan majlis Ikrar Penerimaan Murid Silat Seni Gayong yang melebihi 120 orang.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada cg Abdul Rahman Ibr, Gurulatih Kanan Silat Seni Gayong kerana sudi membantu PSSGM-KS dalam menyempurnakan Ujian Kenaikan Bengkung Berpusat yang juga turut sama membantu perjalanan Majlis Penerimaan Murid Silat Seni Gayong PSSGM-KS pada hari ini. Tak lupa juga jutaan terima kasih buat cg Ariffin Bastan (PSSGM-KS cawangan Kuantan.. ;) yg anak muridnya jg turut serta) yg juga sudi hadir membantu serta memeriahkan lagi majlis pada hari ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan buat Gurulatih2 PSSGM-KS gelanggang2 yang terlibat secara langsung & juga Gurulatih2 serta Anak2 Gayong KS yang sudi hadir memberi semangat kepada Anak2 Gayong KS generasi baru dalam majlis pada hari ini.. seperti cg Eddie Ad (glngg Tmn Kasawari, Bkt Rotan - Naib S/U yg sangat banyak membantu dlm urusan teknikal & pengurusan. Terima kasih cg Eddie Mirwan..!) cg Mohamad Rizal (SMKSAA - jg sentiasa memberi sokongan padu), cg Azhar Mohamad (glngg Tmn Kasawari, Bkt Rotan), ustaz Izzuddin Ez Tgk (glngg SR Batu 9, Jln Bomba Tg Karang - melalui ustaz Din, majlis dpt dilaksanakan di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, terima kasih ustaz Izzuddin!), ustaz Samsul Tukiman (glngg Sg Sireh), cg Yusman (SMKDH), cg Asrul (SMKPP), ustaz Basid (yg sempat menjenguk & memberi sokongan moral), cg Zuliana Mukid (dari dulu sentiasa mmberi sokongan moral yg padu kpd PSSGM-KS), Pembantu2 Gurulatih PSSGM-KS sprt saudara Mohd Mazlan, saudara Halim dan ramai lagi (maaf kalau tak sebut nama kerana terlalu ramai).

Penghargaan yang tak berbelah bahagi ditujukan kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor kerana memberi keizinan menggunakan ruang & kawasan masjid utk majlis pada hari ini.

Rasa penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih selayaknya juga ditujukan kepada semua IBU BAPA/PENJAGA/AJK gelanggang2.. Anak2 Silat Seni Gayong Kuala Selangor yg sanggup meluangkan masa bersama2 di dalam majlis pd hari ini dlm memberikan sokongan serta galakan kpd anak2 dlm melestarikan wadah perjuangan bangsa serta jati diri anak2 muda daerah Kuala Selangor. TAHNIAH & SYABAS!

Saya selaku Setiausaha PSSGM-KS secara peribadi menyusun jari memohon ampun & maaf di atas segala kekurangan, salah silap sepanjang perjalanan majlis pada hari ini. Keadaan di luar jangkaan berlaku yg menyebabkan majlis hari ini terpaksa dianjakkan masanya hingga ke petang. Segalanya atas kelemahan serta kekhilafan diri saya sendiri.. hanya yg baik datang dari-Nya jua. In Shaa Allah, PSSGM-KS akan cuba sedaya upaya melaksanakan pengendalian yang lebih baik lagi bagi program2 yg akan diadakan pada masa akan datang. Harapannya agar SEMUA pihak dapat memberikan kerjasama & sokongan padu utk setiap program/majlis anjuran PSSGM-KS.

Sama2 kita berdoa agar Silat Seni Gayong warisan bangsa kita ini akan terus berkembang mekar di bumi KUALA SELANGOR serta dapat melahirkan Anak2 Muslim yg beriman, berakhlak mulia, terdidik sahsiah & jati dirinya.. serta mengembalikan semula kegemilangan Silat Seni Gayong Kuala Selangor seperti mana yang pernah dicipta sebelum ini (melahirkan ramai JUARA2 di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa - juga melahirkan ramai pegawai2 kerajaan berwibawa, ahli2 agama, golongan professional swasta serta usahawan), In Shaa Allah. Yang buruk dan lemah itu datang dari kekhilafan diri saya sendiri, yang baik itu datang dari Allah SWT jua..

Terima kasih & wassalam.

"Gayong Bergayut, Kata Bersahut"

Setiausaha PSSGM-KS




TAHNIAH KEPADA CIKGU RIZAL RAMLI KERANA TELAH BANYAK BERUSAHA UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI.





KEPADA ANAK-ANAK GAYONG SMKDH:-

1)MOHAMAD AZHAR bin IJAB
2)MUHAMMAD ILMAN bin ZULKIFLI
3)MUHAMMAD HAKIM
4)MUHAMMAD FARHAN bin MISRON
5)HAZIQ bin HAMADI
6)ADIB FITRI bin ISMAIL
7)NURUL NAJWA NAJAH bin HASMIL 

TAHNIAH KERANA TERLIBAT DENGAN MAJLIS TERSEBUT.WALAUPUN INI SAHAJA YANG TERLIBAT ITU MEMBUKTIKAN GAYONG SMK DATO HARUN MASIH BERNYAWA DAN TAHNIAH KERANA DENGAN INI ANDA SEMUA SUDAH MENJADI ANAK GAYONG YANG SEBENAR.


P/S:- GAMBAR IHSAN DARI FB PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUALA SELANGOR.

JOM SILAT

ASSALAMUALAIKUM...


Pada 12 may 2013 (sabtu) Latihan silat di gelangang SMK Dato Harun telah berjalan seperti biasa. Kehadiran agak kurang memuaskan kerana selepas pertandingan silat sekolah-sekolah, anak-anak gayong SMK Dato Harun mula berkurangan...ini mungkin disebabkan pelajar-pelajar yang menyertai silat ini hanya untuk memenuhi ko-kurikulum sekolah dan hanya untuk menyertai pertandingan silat semata-mata..latihan tetap dijalankan dengan kehadiran seramai 10 orang persilat. Latihan pada hari tersebut diketuai oleh Cikgu Farhan Muhammad selaku pembantu gurulatih dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cikgu Ustaz Izzuddin yang turun berlatih bersama-sama anak-anak gayong SMK Dato Harun...

Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Izzuddin kerana sudi menjejaki kaki ke gelangang Smk Dato Harun dan turun berlatih bersama-sama dengan kami.Di jemput kepada ahli2 dan anak murid Gayong untuk sama-sama turun berlatih di sini. Kami mengalu-alukan kehadiran anda.


                         Gelangang: SMK DATO HARUN,TG. KARANG
                                 
                          Hari: Setiap hari Sabtu
                               
                          Masa: 9.00am - 11.00am @ 3.00pm - 5.00pm

                          Gurulatih: Cikgu Yusman Haris

                           Pembantu Gurulatih: Cikgu Farhan Muhammad.



                                           

                                           "JOM SILAT"

Thursday 18 July 2013

MAJLIS WALIMATULURUS ANAKANDA TN HAJI LAMSAH ARBAI


Assalamu'alaikum... 


Pada 4/5/2013 (sabtu) telah berlangsung Majlis Walimatul Urus anakanda Tn Hj Lamsah Arbai, Ain Sofia & Omar.....Anak-anak Gayong pada hari itu telah membuat persembahan yg diketuai oleh cikgu Rizal ramli bersama anak-anak gayong gelangang sg.buloh,Kuala selangor dan Saya bersama anak-anak gayong SMK Dato Harun...tidak lupa juga cikgu Rosman Sukim yang mengiringi Raja Sehari bersama pengiring-pengiring adat..Majlis tersebut berjalan dengan penuh adat istiadat....


Tahniah ain sebab dh melangkah masuk ke dunia yg baru iaitu alam berumah tangga,dulu tggk kecik je main kejar2 kt gelangang...hehehe...baru sedar dalam diri dah bertambah rupanya umur aku...Tahniah juga buat cikgu Lamsah kerana dapat seorang lagi menantu baru moga bertambah cucu lagi....Tahniah kepada anak2 GAYONG smk dato harun kerana memberikan kerjasama dan persembahan yang baik...dan Tahniah kepada semua yang terlibat,ini adalah antara sumbangan kita kepada guru kita yg pernah mendidik, mengajar kita melangkah serta memperkenalkan kita kepada GAYONG...

...Sekitar persembahan dari Anak2 Gayong KS... 





p/s-gambar ihsan dari fb pertubuhan silat seni gayong kuala selangor.