Friday 12 August 2011

MESIN PEMBUNUH PALING DAHSYAT

AK-47 (Avtomat Kalashnikova 1947)

Senjata ini telah dicipta oleh Mikhail Kalashnikov ketika era Soviet Union semasa Perang Dunia II untuk menentang tentera Jerman.

Hingga kini kira-kira 75 hingga 100 juta pucuk AK -47 telah beredar di seantero dunia.Senjata ini telah membunuh jutaan manusia.Angka ini lebih besar dari korban Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.Tidak Hairan jika senjata ini di gelar “..The most devastating weapon in the world..”

25 Desember 1979 berlangsungnya Perang Soviet-Afghanistan.Didalam peperangan ini kebanyakan tentera Mujahidin Afghanistan mengunakan senjata AK-47.Tentera Mujahidin ini telah berjaya menghalau pasukan Soviet keluar daripada Afghanistan pada tanggal 2 Februari 1989. Peperangan ini memakan korban lebih satu juta rakyat Afghanistan dan 14.751 tentera soviet, 53.753 tercedera, 415.932 jatuh sakit.
Tahun 1959 hingga 30 April 1975, Dalam kancah Perang Vietnam tentara Vietnam Utara dan Vietkong telah mengunakan senjata AK-47 untuk menentang tentera AS dan sekutunya yang mengunakan senjata M­14 dan M-16.Dengan kekurangan Peralatan persenjataan tentera Vietnam telah berjaya mengalahkan dan menghalau tentera AS dan sekutunya keluar dari vietnam.Peperangan ini memakan korban tiga hingga empat juta rakyat Vietnam, satu setengah hingga dua juta rakyat Laos dan Kamboja serta 58.159 pasukan Amerika.
03 Oktober 1993,Operasi penangkapan Jenderal Moham­med Farrah Aidid (Operasi Gothic Serpent) di Mogadishu Somalia.Dua Helikopter UH-60 Blackhawk ditembak  jatuh dalam operasi tersebut akibat dihujani peluru AK-47 oleh pasukan Aidid.Dalam operasi tesebut 18 orang tentera AS terkorban dan 79 tercedera.Operasi ini gagal dan bertukar menjadi operasi penyelamatan tentera AS yang terperangkap.

23 March 2003,Helikopter AH-64 Apache milik Angkatan Darat AS untuk serangan darat dan antitank dalam Operasi Iraqi Freedom telah ditembak jatuh oleh Pasukan elit pengawal Presiden Saddam Hussein yang hanya bersenjatakan AK-47.
Sehingga kini kebanyakan senjata ini masih digunakan lagi di kebanyakan negara-negara membangun,dunia ketiga dan negara-negara yang berada di dalam kancah keganasan.

Monday 8 August 2011

ANTARA PERISTIWA YANG BERLAKU DI BULAN RAMADAN



Perang BADAR
Peperangan yang pertama didalam Islam berlaku pada hari jumaat  17 Mac 624 M bersamaan 17 Ramadhan 2 H.Peperangan ini berlaku disuatu tempat yang bernama Badar iaitu kira-kira 80 batu (130 km) dari barat daya Madinah.Kekuatan Muslim Madinah ketika itu diangarkan berjumlah 313 orang dan pihak Quraisy Mekah pula diantara 900-1000 orang.Di ketuai oleh Nabi MUHAMAD S.A.W dan pihak lawan diketuai oleh Amr Ibn Hisham(Abu Jahal).Korban di pihak muslim sebanyak 14 orang dan pihak Quraisy sebanyak 70 orang dan kira-kira 43-70 orang ditawan.Kemenangan muktamad di pihak Muslim.
Perang KHANDAQ
Pada Ramadhan 5 H persiapan perang dilakukan dengan mengali parit (khandaq) disekeliling kota Madinah.Kaedah ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy seorang sahabat yang berasal daripada parsi. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Zulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.
Pembukaan Kota Mekah
bermaksud pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah. Sebelum Mekah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M. Nabi MUHAMAD S.A.W beserta 10,000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah
Perang SALIB
Pada Ramadhan 584H Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.
Perang AIN JALUT
Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Pada hari Jumaat, 25 Ramadhan 658H bersamaan 6 September 1260M.Pemerintah Mesir ketika itu Saifudin Qutuz, telah mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka di Ain Jalut. Kemenangan telah diraih oleh tentera Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.


Perang RAMADHAN 1393H (Perang Oktober 1973) ARAB-ISRAEL

Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah merubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan.

Ramadan Al-Mubarak

Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga pada bulan yang mulia ini kita dapat memanfaatkan bulan tersebut dengan melakukan amal ibadah  dengan lebih banyak untuk mendapatkan ganjarannya sebagai bekalan kita sebelum kita menutup mata.

"...bekerjalah kita seumpama kita akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah kita seumpama kita akan mati pada esok hari..."

Firman ALLAH S.W.T

"...Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal belayar membelah laut supaya kamu dapat mencari Kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur..."
                                                                                                               
                                                                                                                 
Surat Faathir (Pencipta) ayat -12

Kalau kita yang berkemauan untuk mendapatkannya tanyakan kepada diri kita sendiri
"..APA YANG KITA MAU.."
tidak sama antara orang yang berkehendak dengan orang yang sebaliknya.
Setiap sesuatu perkara itu ALLAH SWT telah memberikan kita jalan dan Pilihan.
kitalah yang menentukan hala tuju kita...carilah KurniaNya


...Selamat Belayar di Lautan Dunia...