Sunday, 4 September 2011

SALAM LEBARAN 1431H

Assalamualaikum...

SALAM lebaran 1432H
Selamat Hari Raya AIDILFITRI Maaf Zahir & Batin...
Raya tahun ini adalah raya yang kedua buat kami sekeluarga dalam menyambut hari raya Aidil fitri sebagai sebuah institusi berkeluarga dengan kehadiran permata hati insan kurniaan Yang Maha Esa,...MARYAM... syukur diatas pemberianNya...Sebelum ini kami hanya raya berdua tetapi pada tahun ini kami raya bertiga...Alhamdulillah...dalam bergembira menyambut aidilfitri kami mendapat berita sedih tentang pemergian anak saudara kami...semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-fatehah..
dan kami berharap abang edy dan kak nani sekeluarga dapat menempuhi dugaan ini dengan sabar...
Amin.

Firman Allah S.W.T
...Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan(makanan).Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: " Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk...(surat Al-Baqarah ayat 155-157)

AIDILFITRI

Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Sa’ed katanya;                                         
Nabi S.A.W telah keluar pada hari raya haji (Aidil Adha) dan pada hari raya puasa (Aidil Fitri) ke tempat solat.Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W adalah solat.Kemudian Baginda bangun menghadapi orang ramai dan mereka duduk didalam saf masing-masing.Baginda S.A.W memberi nasihat kepada mereka,berwasiat dan menyuruh mereka melakukan kebajikan.Jika Baginda S.A.W ingin menghantar jemaah keluar maka baginda akan berbuat demikian. Jika Baginda S.A.W mahu menyuruh mereka melakukan sesuatu maka Baginda akan menyuruhnya,kemudian Baginda S.A.W  akan berpaling dari mereka (Meninggalkan majlis).
Telah diriwayatkan oleh Al-Tirmidzhi daripada Buraidah katanya;
Nabi S.A.W tidak akan keluar mengerjakan solat hari raya Aidil Fitri melainkan selepas Baginda S.A.W menjamah makanan.Manakala pada hari raya Aidil Adha pula Baginda S.A.W tidak akan makan sehinggalah selesai solat hari raya tersebut.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Tirmidzhi daripada Aqabah bin Amir katanya;
Rasulullah S.A.W telah bersabda; Hari-hari Tashriq adalah hari untuk makan-makan, minum-minum dan berzikir kepada ALLAH S.W.T.
Rasulullah S.A.W telah berkhutbah dengan menghadapi orang ramai dan membelakangi kiblat.Ini adalah sunnah didalam member khutbah. Rasulullah S.A.W menasihati manusia dengan menggalakan mereka (tarqhib) agar melakukan kebaikan dan memberikan ancaman dan amaran kepada mereka mengenai perkara-perkara yang ditegah oleh agama. Rasulullah S.A.W mengingatkan mereka dengan berita-berita akhirat dan berwasiat kepada mereka dengan apa yang memanfaatkan mereka di alam akhirat dan kehidupan dunia mereka serta memerintahkan mereka supaya melakukan amalan-amalan yang dituntut supaya mereka melakukannya.
Rasulullah S.A.W menyusun jemaah-jemaah dan memutuskan nama-nama mereka yang akan keluar dan mengutuskannya ke tempat-tempat yang tertentu dan arah kedudukan musuh.

Friday, 12 August 2011

MESIN PEMBUNUH PALING DAHSYAT

AK-47 (Avtomat Kalashnikova 1947)

Senjata ini telah dicipta oleh Mikhail Kalashnikov ketika era Soviet Union semasa Perang Dunia II untuk menentang tentera Jerman.

Hingga kini kira-kira 75 hingga 100 juta pucuk AK -47 telah beredar di seantero dunia.Senjata ini telah membunuh jutaan manusia.Angka ini lebih besar dari korban Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.Tidak Hairan jika senjata ini di gelar “..The most devastating weapon in the world..”

25 Desember 1979 berlangsungnya Perang Soviet-Afghanistan.Didalam peperangan ini kebanyakan tentera Mujahidin Afghanistan mengunakan senjata AK-47.Tentera Mujahidin ini telah berjaya menghalau pasukan Soviet keluar daripada Afghanistan pada tanggal 2 Februari 1989. Peperangan ini memakan korban lebih satu juta rakyat Afghanistan dan 14.751 tentera soviet, 53.753 tercedera, 415.932 jatuh sakit.
Tahun 1959 hingga 30 April 1975, Dalam kancah Perang Vietnam tentara Vietnam Utara dan Vietkong telah mengunakan senjata AK-47 untuk menentang tentera AS dan sekutunya yang mengunakan senjata M­14 dan M-16.Dengan kekurangan Peralatan persenjataan tentera Vietnam telah berjaya mengalahkan dan menghalau tentera AS dan sekutunya keluar dari vietnam.Peperangan ini memakan korban tiga hingga empat juta rakyat Vietnam, satu setengah hingga dua juta rakyat Laos dan Kamboja serta 58.159 pasukan Amerika.
03 Oktober 1993,Operasi penangkapan Jenderal Moham­med Farrah Aidid (Operasi Gothic Serpent) di Mogadishu Somalia.Dua Helikopter UH-60 Blackhawk ditembak  jatuh dalam operasi tersebut akibat dihujani peluru AK-47 oleh pasukan Aidid.Dalam operasi tesebut 18 orang tentera AS terkorban dan 79 tercedera.Operasi ini gagal dan bertukar menjadi operasi penyelamatan tentera AS yang terperangkap.

23 March 2003,Helikopter AH-64 Apache milik Angkatan Darat AS untuk serangan darat dan antitank dalam Operasi Iraqi Freedom telah ditembak jatuh oleh Pasukan elit pengawal Presiden Saddam Hussein yang hanya bersenjatakan AK-47.
Sehingga kini kebanyakan senjata ini masih digunakan lagi di kebanyakan negara-negara membangun,dunia ketiga dan negara-negara yang berada di dalam kancah keganasan.

Monday, 8 August 2011

ANTARA PERISTIWA YANG BERLAKU DI BULAN RAMADAN



Perang BADAR
Peperangan yang pertama didalam Islam berlaku pada hari jumaat  17 Mac 624 M bersamaan 17 Ramadhan 2 H.Peperangan ini berlaku disuatu tempat yang bernama Badar iaitu kira-kira 80 batu (130 km) dari barat daya Madinah.Kekuatan Muslim Madinah ketika itu diangarkan berjumlah 313 orang dan pihak Quraisy Mekah pula diantara 900-1000 orang.Di ketuai oleh Nabi MUHAMAD S.A.W dan pihak lawan diketuai oleh Amr Ibn Hisham(Abu Jahal).Korban di pihak muslim sebanyak 14 orang dan pihak Quraisy sebanyak 70 orang dan kira-kira 43-70 orang ditawan.Kemenangan muktamad di pihak Muslim.
Perang KHANDAQ
Pada Ramadhan 5 H persiapan perang dilakukan dengan mengali parit (khandaq) disekeliling kota Madinah.Kaedah ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy seorang sahabat yang berasal daripada parsi. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Zulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.
Pembukaan Kota Mekah
bermaksud pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah. Sebelum Mekah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M. Nabi MUHAMAD S.A.W beserta 10,000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah. 
Perang SALIB
Pada Ramadhan 584H Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.
Perang AIN JALUT
Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Pada hari Jumaat, 25 Ramadhan 658H bersamaan 6 September 1260M.Pemerintah Mesir ketika itu Saifudin Qutuz, telah mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka di Ain Jalut. Kemenangan telah diraih oleh tentera Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.


Perang RAMADHAN 1393H (Perang Oktober 1973) ARAB-ISRAEL

Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah merubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan.

Ramadan Al-Mubarak

Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga pada bulan yang mulia ini kita dapat memanfaatkan bulan tersebut dengan melakukan amal ibadah  dengan lebih banyak untuk mendapatkan ganjarannya sebagai bekalan kita sebelum kita menutup mata.

"...bekerjalah kita seumpama kita akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah kita seumpama kita akan mati pada esok hari..."

Firman ALLAH S.W.T

"...Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal belayar membelah laut supaya kamu dapat mencari Kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur..."
                                                                                                               
                                                                                                                 
Surat Faathir (Pencipta) ayat -12

Kalau kita yang berkemauan untuk mendapatkannya tanyakan kepada diri kita sendiri
"..APA YANG KITA MAU.."
tidak sama antara orang yang berkehendak dengan orang yang sebaliknya.
Setiap sesuatu perkara itu ALLAH SWT telah memberikan kita jalan dan Pilihan.
kitalah yang menentukan hala tuju kita...carilah KurniaNya


...Selamat Belayar di Lautan Dunia...

Tuesday, 26 July 2011

kecerdikan empat sahabat dungu.

Suatu ketika dahulu ada empat sahabat pergi belajar ilmu kesaktian dengan seorang petapa. Di akhir pengajian mereka di dalam gua yang tersembunyi dalam hutan itu, keempat-empat sahabat tersebut dianugerahkan satu kesaktian setiap seorang.
Yang pertama, boleh menyambungkan anggota badan yang putus.
Yang kedua, boleh menyembuhkan luka.
Ketiga, boleh memasuk dan mengalirkan darah ke dalam urat saraf,
dan yang keempat, boleh menghidupkan yang telah mati.
Keempat-empat sahabat itu gembira dengan kesaktian yang telah dianugerahkan oleh guru tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih kepada si petapa tadi dan kemudian berjalan keluar dari hutan tersebut untuk pulang ke rumah masing-masing.
Dalam perjalanan, mereka ternampak bangkai seekor harimau. Wah! Inilah masanya untuk mencuba kesaktian yang baru dimiliki. Lantas si lelaki pertama menyambungkan semula anggota badan dan tulang-temulang harimau tersebut. Sahabat yang kedua mengambil giliran dengan menyembuhkan lukanya.
Sahabat ketiga menggerakkan semula darah di dalam badan harimau berkenaan manakala sahabat yang keempat, menghidupkannya semula. Sebaik membuka mata, harimau itu tanpa membuang masa terus menerkam dan membaham keempat-empat sahabat tadi!

                                                                   Moral ceritanya: Cerdik biarlah bertempat!

Wednesday, 20 July 2011

PEREMPUAN...


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada  suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata,  "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,  "Suaminya".  "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"  Jawab Rasulullah,  "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.  "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.