Sunday, 4 September 2011

AIDILFITRI

Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Sa’ed katanya;                                         
Nabi S.A.W telah keluar pada hari raya haji (Aidil Adha) dan pada hari raya puasa (Aidil Fitri) ke tempat solat.Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W adalah solat.Kemudian Baginda bangun menghadapi orang ramai dan mereka duduk didalam saf masing-masing.Baginda S.A.W memberi nasihat kepada mereka,berwasiat dan menyuruh mereka melakukan kebajikan.Jika Baginda S.A.W ingin menghantar jemaah keluar maka baginda akan berbuat demikian. Jika Baginda S.A.W mahu menyuruh mereka melakukan sesuatu maka Baginda akan menyuruhnya,kemudian Baginda S.A.W  akan berpaling dari mereka (Meninggalkan majlis).
Telah diriwayatkan oleh Al-Tirmidzhi daripada Buraidah katanya;
Nabi S.A.W tidak akan keluar mengerjakan solat hari raya Aidil Fitri melainkan selepas Baginda S.A.W menjamah makanan.Manakala pada hari raya Aidil Adha pula Baginda S.A.W tidak akan makan sehinggalah selesai solat hari raya tersebut.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Tirmidzhi daripada Aqabah bin Amir katanya;
Rasulullah S.A.W telah bersabda; Hari-hari Tashriq adalah hari untuk makan-makan, minum-minum dan berzikir kepada ALLAH S.W.T.
Rasulullah S.A.W telah berkhutbah dengan menghadapi orang ramai dan membelakangi kiblat.Ini adalah sunnah didalam member khutbah. Rasulullah S.A.W menasihati manusia dengan menggalakan mereka (tarqhib) agar melakukan kebaikan dan memberikan ancaman dan amaran kepada mereka mengenai perkara-perkara yang ditegah oleh agama. Rasulullah S.A.W mengingatkan mereka dengan berita-berita akhirat dan berwasiat kepada mereka dengan apa yang memanfaatkan mereka di alam akhirat dan kehidupan dunia mereka serta memerintahkan mereka supaya melakukan amalan-amalan yang dituntut supaya mereka melakukannya.
Rasulullah S.A.W menyusun jemaah-jemaah dan memutuskan nama-nama mereka yang akan keluar dan mengutuskannya ke tempat-tempat yang tertentu dan arah kedudukan musuh.

No comments:

Post a Comment