Peperangan yang pertama didalam Islam berlaku pada hari jumaat 17 Mac 624 M bersamaan 17 Ramadhan 2 H.Peperangan ini berlaku disuatu tempat yang bernama Badar iaitu kira-kira 80 batu (130 km) dari barat daya Madinah.Kekuatan Muslim Madinah ketika itu diangarkan berjumlah 313 orang dan pihak Quraisy Mekah pula diantara 900-1000 orang.Di ketuai oleh Nabi MUHAMAD S.A.W dan pihak lawan diketuai oleh Amr Ibn Hisham(Abu Jahal).Korban di pihak muslim sebanyak 14 orang dan pihak Quraisy sebanyak 70 orang dan kira-kira 43-70 orang ditawan.Kemenangan muktamad di pihak Muslim.
Perang KHANDAQ
Pada Ramadhan 5 H persiapan perang dilakukan dengan mengali parit (khandaq) disekeliling kota Madinah.Kaedah ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy seorang sahabat yang berasal daripada parsi. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Zulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.
Pembukaan Kota Mekah
bermaksud pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah. Sebelum Mekah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M. Nabi MUHAMAD S.A.W beserta 10,000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah.
Perang SALIB
Pada Ramadhan 584H Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.
Perang AIN JALUT
Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Pada hari Jumaat, 25 Ramadhan 658H bersamaan 6 September 1260M.Pemerintah Mesir ketika itu Saifudin Qutuz, telah mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka di Ain Jalut. Kemenangan telah diraih oleh tentera Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.
Perang RAMADHAN 1393H (Perang Oktober 1973) ARAB-ISRAEL
Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah merubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan.

No comments:
Post a Comment