Thursday, 5 June 2014
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dgn limpah kurnia-Nya, Kem Latihan Berpusat PSSGM Cawangan Daerah Kuala Selangor dapat dijalankan dengan jayanya.
Jutaan terima kasih diucapkan kpd YDP PSSGM daerah Kuala Selangor, Tn Hj Lamsah bin Arbai kerana telah sudi membenarkan majlis tersebut diadakan di kawasan kediaman beliau dan menggunakan kemudahan yang terdapat dirumahnya.
Terima kasih juga yang tak terhingga kepada gurulatih2 yang terlibat:-
1)cikgu Rosman Sukim
2)cikgu Rizal Ramli
3)cikgu Zulfadhzil Azim Hambali
4)cikgu Mursyidul Jumaan Sabran
5)cikgu Fairuz Jamahadi
6)cikgu Eddie Mirwan
7)cikgu Rizal Rejab
8)cikgu Izzuddin Rahuddin
9)cikgu Yusman Haris
10)cikgu Omar Najib Hj Ahmad
10)cikgu Omar Najib Hj Ahmad
dan kepada semua gurulatih2 yg hadir memberi sumbangan dari segi tenaga, masa dan sebagainya yang tidak saya sebutkan namanya. Diharap permulaan ini adalah salah satu langkah kepada PSSGM KS untuk aktif kembali di arena Persilatan dan terus bangkit.
Friday, 19 July 2013
MAJLIS PERLIMAU TAPAK & UJIAN BENGKONG BERPUSAT PSSGM KUALA SELANGOR 2013
PETIKAN FB KATA-KATA DARI SETIAUSAHA PSSGM-KS
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Anak2 Gayong KS.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dgn limpah
kurnia-Nya, Majlis Penerimaan Murid & Ujian Kenaikan Bengkung Berpusat
PSSGM Cawangan Daerah Kuala Selangor dapat dijalankan dengan jayanya.
Jutaan terima kasih diucapkan kpd Pengerusi Majlis Adat Silat
Seni Gayong Negeri Selangor, Tn Hj Selamat bin Mat Raji kerana telah sudi
menyempurnakan majlis Ikrar Penerimaan Murid Silat Seni Gayong yang melebihi
120 orang.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada cg Abdul Rahman Ibr,
Gurulatih Kanan Silat Seni Gayong kerana sudi membantu PSSGM-KS dalam
menyempurnakan Ujian Kenaikan Bengkung Berpusat yang juga turut sama membantu
perjalanan Majlis Penerimaan Murid Silat Seni Gayong PSSGM-KS pada hari ini.
Tak lupa juga jutaan terima kasih buat cg Ariffin Bastan
(PSSGM-KS cawangan Kuantan.. ;) yg anak muridnya jg turut serta) yg juga sudi
hadir membantu serta memeriahkan lagi majlis pada hari ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan buat Gurulatih2 PSSGM-KS
gelanggang2 yang terlibat secara langsung & juga Gurulatih2 serta Anak2
Gayong KS yang sudi hadir memberi semangat kepada Anak2 Gayong KS generasi baru
dalam majlis pada hari ini.. seperti cg Eddie Ad
(glngg Tmn Kasawari, Bkt Rotan - Naib S/U yg sangat banyak membantu dlm urusan
teknikal & pengurusan. Terima kasih cg Eddie Mirwan..!) cg Mohamad Rizal
(SMKSAA - jg sentiasa memberi sokongan padu), cg Azhar Mohamad
(glngg Tmn Kasawari, Bkt Rotan), ustaz Izzuddin Ez Tgk
(glngg SR Batu 9, Jln Bomba Tg Karang - melalui ustaz Din, majlis dpt
dilaksanakan di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, terima kasih ustaz Izzuddin!),
ustaz Samsul Tukiman (glngg Sg Sireh), cg Yusman (SMKDH), cg Asrul (SMKPP),
ustaz Basid (yg sempat menjenguk & memberi sokongan moral), cg Zuliana Mukid
(dari dulu sentiasa mmberi sokongan moral yg padu kpd PSSGM-KS), Pembantu2
Gurulatih PSSGM-KS sprt saudara Mohd Mazlan,
saudara Halim dan ramai lagi (maaf kalau tak sebut nama kerana terlalu ramai).
Penghargaan yang tak berbelah bahagi ditujukan kepada pihak
pengurusan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor kerana memberi keizinan
menggunakan ruang & kawasan masjid utk majlis pada hari ini.
Rasa penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih selayaknya juga
ditujukan kepada semua IBU BAPA/PENJAGA/AJK gelanggang2.. Anak2 Silat Seni
Gayong Kuala Selangor yg sanggup meluangkan masa bersama2 di dalam majlis pd
hari ini dlm memberikan sokongan serta galakan kpd anak2 dlm melestarikan wadah
perjuangan bangsa serta jati diri anak2 muda daerah Kuala Selangor. TAHNIAH
& SYABAS!
Saya selaku Setiausaha PSSGM-KS secara peribadi menyusun jari
memohon ampun & maaf di atas segala kekurangan, salah silap sepanjang
perjalanan majlis pada hari ini. Keadaan di luar jangkaan berlaku yg
menyebabkan majlis hari ini terpaksa dianjakkan masanya hingga ke petang. Segalanya
atas kelemahan serta kekhilafan diri saya sendiri.. hanya yg baik datang
dari-Nya jua. In Shaa Allah, PSSGM-KS akan cuba sedaya upaya melaksanakan
pengendalian yang lebih baik lagi bagi program2 yg akan diadakan pada masa akan
datang. Harapannya agar SEMUA pihak dapat memberikan kerjasama & sokongan
padu utk setiap program/majlis anjuran PSSGM-KS.
Sama2 kita berdoa agar Silat Seni Gayong warisan bangsa kita ini
akan terus berkembang mekar di bumi KUALA SELANGOR serta dapat melahirkan Anak2
Muslim yg beriman, berakhlak mulia, terdidik sahsiah & jati dirinya.. serta
mengembalikan semula kegemilangan Silat Seni Gayong Kuala Selangor seperti mana
yang pernah dicipta sebelum ini (melahirkan ramai JUARA2 di peringkat daerah,
negeri, kebangsaan malah antarabangsa - juga melahirkan ramai pegawai2 kerajaan
berwibawa, ahli2 agama, golongan professional swasta serta usahawan), In Shaa
Allah. Yang buruk dan lemah itu datang dari kekhilafan diri saya sendiri, yang
baik itu datang dari Allah SWT jua..
Terima kasih & wassalam.
"Gayong Bergayut, Kata Bersahut"
Setiausaha PSSGM-KS
TAHNIAH KEPADA CIKGU RIZAL RAMLI KERANA TELAH BANYAK BERUSAHA UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI.
KEPADA ANAK-ANAK GAYONG SMKDH:-
1)MOHAMAD AZHAR bin IJAB
2)MUHAMMAD ILMAN bin ZULKIFLI
3)MUHAMMAD HAKIM
4)MUHAMMAD FARHAN bin MISRON
5)HAZIQ bin HAMADI
6)ADIB FITRI bin ISMAIL
7)NURUL NAJWA NAJAH bin HASMIL
TAHNIAH KERANA TERLIBAT DENGAN MAJLIS TERSEBUT.WALAUPUN INI SAHAJA YANG TERLIBAT ITU MEMBUKTIKAN GAYONG SMK DATO HARUN MASIH BERNYAWA DAN TAHNIAH KERANA DENGAN INI ANDA SEMUA SUDAH MENJADI ANAK GAYONG YANG SEBENAR.
P/S:- GAMBAR IHSAN DARI FB PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUALA SELANGOR.
JOM SILAT
ASSALAMUALAIKUM...
Pada 12 may 2013 (sabtu) Latihan silat di gelangang SMK Dato Harun telah berjalan seperti biasa. Kehadiran agak kurang memuaskan kerana selepas pertandingan silat sekolah-sekolah, anak-anak gayong SMK Dato Harun mula berkurangan...ini mungkin disebabkan pelajar-pelajar yang menyertai silat ini hanya untuk memenuhi ko-kurikulum sekolah dan hanya untuk menyertai pertandingan silat semata-mata..latihan tetap dijalankan dengan kehadiran seramai 10 orang persilat. Latihan pada hari tersebut diketuai oleh Cikgu Farhan Muhammad selaku pembantu gurulatih dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cikgu Ustaz Izzuddin yang turun berlatih bersama-sama anak-anak gayong SMK Dato Harun...
Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Izzuddin kerana sudi menjejaki kaki ke gelangang Smk Dato Harun dan turun berlatih bersama-sama dengan kami.Di jemput kepada ahli2 dan anak murid Gayong untuk sama-sama turun berlatih di sini. Kami mengalu-alukan kehadiran anda.
Gelangang: SMK DATO HARUN,TG. KARANG
Hari: Setiap hari Sabtu
Masa: 9.00am - 11.00am @ 3.00pm - 5.00pm
Gurulatih: Cikgu Yusman Haris
Pembantu Gurulatih: Cikgu Farhan Muhammad.
"JOM SILAT"
Pada 12 may 2013 (sabtu) Latihan silat di gelangang SMK Dato Harun telah berjalan seperti biasa. Kehadiran agak kurang memuaskan kerana selepas pertandingan silat sekolah-sekolah, anak-anak gayong SMK Dato Harun mula berkurangan...ini mungkin disebabkan pelajar-pelajar yang menyertai silat ini hanya untuk memenuhi ko-kurikulum sekolah dan hanya untuk menyertai pertandingan silat semata-mata..latihan tetap dijalankan dengan kehadiran seramai 10 orang persilat. Latihan pada hari tersebut diketuai oleh Cikgu Farhan Muhammad selaku pembantu gurulatih dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cikgu Ustaz Izzuddin yang turun berlatih bersama-sama anak-anak gayong SMK Dato Harun...
Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Izzuddin kerana sudi menjejaki kaki ke gelangang Smk Dato Harun dan turun berlatih bersama-sama dengan kami.Di jemput kepada ahli2 dan anak murid Gayong untuk sama-sama turun berlatih di sini. Kami mengalu-alukan kehadiran anda.
Gelangang: SMK DATO HARUN,TG. KARANG
Hari: Setiap hari Sabtu
Masa: 9.00am - 11.00am @ 3.00pm - 5.00pm
Gurulatih: Cikgu Yusman Haris
Pembantu Gurulatih: Cikgu Farhan Muhammad.
"JOM SILAT"
Thursday, 18 July 2013
MAJLIS WALIMATULURUS ANAKANDA TN HAJI LAMSAH ARBAI
Assalamu'alaikum...
Pada 4/5/2013 (sabtu) telah berlangsung Majlis Walimatul Urus anakanda Tn Hj Lamsah Arbai, Ain Sofia & Omar.....Anak-anak Gayong pada hari itu telah membuat persembahan yg diketuai oleh cikgu Rizal ramli bersama anak-anak gayong gelangang sg.buloh,Kuala selangor dan Saya bersama anak-anak gayong SMK Dato Harun...tidak lupa juga cikgu Rosman Sukim yang mengiringi Raja Sehari bersama pengiring-pengiring adat..Majlis tersebut berjalan dengan penuh adat istiadat....
Tahniah ain sebab dh melangkah masuk ke dunia yg baru iaitu alam berumah tangga,dulu tggk kecik je main kejar2 kt gelangang...hehehe...baru sedar dalam diri dah bertambah rupanya umur aku...Tahniah juga buat cikgu Lamsah kerana dapat seorang lagi menantu baru moga bertambah cucu lagi....Tahniah kepada anak2 GAYONG smk dato harun kerana memberikan kerjasama dan persembahan yang baik...dan Tahniah kepada semua yang terlibat,ini adalah antara sumbangan kita kepada guru kita yg pernah mendidik, mengajar kita melangkah serta memperkenalkan kita kepada GAYONG...
...Sekitar persembahan dari Anak2 Gayong KS...
p/s-gambar ihsan dari fb pertubuhan silat seni gayong kuala selangor.
Thursday, 14 March 2013
KUALA SELANGOR
SALAM....dah lama aku tak menulis dalam blog aku ni,disebabkan banyaknya halangan-halangan yang aku perlu lalui termasuk untuk melawan sikap malas yang hadir dalam diri. Akhirnya hari ini Khamis 14 mac 2013...aku kembali....hehehe.
sekarang aku sudah berpindah dari KL ke kuala selangor....orang kata " ibarat sireh pulang ke gangang "...akhirnya aku kembali ke kampung ku setelah lama tinggal di KL...aku rasa kuala selangor satu tempat yang menarik yang sedang membangun...banyak prasarana-prasarana yang akan didirikan di sini....tetapi bagi aku nilai sejarah yang terdapat disini yang membuatkan aku jatuh cinta dengannya.
WELCOME TO KUALA SELANGOR
Thursday, 18 October 2012
SALAM AIDIL ADHA 1433H
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 26 OCT 2012 / 10 ZULHIJJAH 1433H..
SEMOGA SEGALA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN DITERIMA & DIREDHAI-NYA
SALAM DARI SAYA SEKELUARGA
P/S-banner ni adalah untuk pssgm kuala selangor...cikgu rizal ramli minta tolong aku buatkan untuk majlis qurban tahun ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































