PETIKAN FB KATA-KATA DARI SETIAUSAHA PSSGM-KS
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Anak2 Gayong KS.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dgn limpah
kurnia-Nya, Majlis Penerimaan Murid & Ujian Kenaikan Bengkung Berpusat
PSSGM Cawangan Daerah Kuala Selangor dapat dijalankan dengan jayanya.
Jutaan terima kasih diucapkan kpd Pengerusi Majlis Adat Silat
Seni Gayong Negeri Selangor, Tn Hj Selamat bin Mat Raji kerana telah sudi
menyempurnakan majlis Ikrar Penerimaan Murid Silat Seni Gayong yang melebihi
120 orang.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada cg Abdul Rahman Ibr,
Gurulatih Kanan Silat Seni Gayong kerana sudi membantu PSSGM-KS dalam
menyempurnakan Ujian Kenaikan Bengkung Berpusat yang juga turut sama membantu
perjalanan Majlis Penerimaan Murid Silat Seni Gayong PSSGM-KS pada hari ini.
Tak lupa juga jutaan terima kasih buat cg Ariffin Bastan
(PSSGM-KS cawangan Kuantan.. ;) yg anak muridnya jg turut serta) yg juga sudi
hadir membantu serta memeriahkan lagi majlis pada hari ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan buat Gurulatih2 PSSGM-KS
gelanggang2 yang terlibat secara langsung & juga Gurulatih2 serta Anak2
Gayong KS yang sudi hadir memberi semangat kepada Anak2 Gayong KS generasi baru
dalam majlis pada hari ini.. seperti cg Eddie Ad
(glngg Tmn Kasawari, Bkt Rotan - Naib S/U yg sangat banyak membantu dlm urusan
teknikal & pengurusan. Terima kasih cg Eddie Mirwan..!) cg Mohamad Rizal
(SMKSAA - jg sentiasa memberi sokongan padu), cg Azhar Mohamad
(glngg Tmn Kasawari, Bkt Rotan), ustaz Izzuddin Ez Tgk
(glngg SR Batu 9, Jln Bomba Tg Karang - melalui ustaz Din, majlis dpt
dilaksanakan di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, terima kasih ustaz Izzuddin!),
ustaz Samsul Tukiman (glngg Sg Sireh), cg Yusman (SMKDH), cg Asrul (SMKPP),
ustaz Basid (yg sempat menjenguk & memberi sokongan moral), cg Zuliana Mukid
(dari dulu sentiasa mmberi sokongan moral yg padu kpd PSSGM-KS), Pembantu2
Gurulatih PSSGM-KS sprt saudara Mohd Mazlan,
saudara Halim dan ramai lagi (maaf kalau tak sebut nama kerana terlalu ramai).
Penghargaan yang tak berbelah bahagi ditujukan kepada pihak
pengurusan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor kerana memberi keizinan
menggunakan ruang & kawasan masjid utk majlis pada hari ini.
Rasa penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih selayaknya juga
ditujukan kepada semua IBU BAPA/PENJAGA/AJK gelanggang2.. Anak2 Silat Seni
Gayong Kuala Selangor yg sanggup meluangkan masa bersama2 di dalam majlis pd
hari ini dlm memberikan sokongan serta galakan kpd anak2 dlm melestarikan wadah
perjuangan bangsa serta jati diri anak2 muda daerah Kuala Selangor. TAHNIAH
& SYABAS!
Saya selaku Setiausaha PSSGM-KS secara peribadi menyusun jari
memohon ampun & maaf di atas segala kekurangan, salah silap sepanjang
perjalanan majlis pada hari ini. Keadaan di luar jangkaan berlaku yg
menyebabkan majlis hari ini terpaksa dianjakkan masanya hingga ke petang. Segalanya
atas kelemahan serta kekhilafan diri saya sendiri.. hanya yg baik datang
dari-Nya jua. In Shaa Allah, PSSGM-KS akan cuba sedaya upaya melaksanakan
pengendalian yang lebih baik lagi bagi program2 yg akan diadakan pada masa akan
datang. Harapannya agar SEMUA pihak dapat memberikan kerjasama & sokongan
padu utk setiap program/majlis anjuran PSSGM-KS.
Sama2 kita berdoa agar Silat Seni Gayong warisan bangsa kita ini
akan terus berkembang mekar di bumi KUALA SELANGOR serta dapat melahirkan Anak2
Muslim yg beriman, berakhlak mulia, terdidik sahsiah & jati dirinya.. serta
mengembalikan semula kegemilangan Silat Seni Gayong Kuala Selangor seperti mana
yang pernah dicipta sebelum ini (melahirkan ramai JUARA2 di peringkat daerah,
negeri, kebangsaan malah antarabangsa - juga melahirkan ramai pegawai2 kerajaan
berwibawa, ahli2 agama, golongan professional swasta serta usahawan), In Shaa
Allah. Yang buruk dan lemah itu datang dari kekhilafan diri saya sendiri, yang
baik itu datang dari Allah SWT jua..
Terima kasih & wassalam.
"Gayong Bergayut, Kata Bersahut"
Setiausaha PSSGM-KS
TAHNIAH KEPADA CIKGU RIZAL RAMLI KERANA TELAH BANYAK BERUSAHA UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI.
KEPADA ANAK-ANAK GAYONG SMKDH:-
1)MOHAMAD AZHAR bin IJAB
2)MUHAMMAD ILMAN bin ZULKIFLI
3)MUHAMMAD HAKIM
4)MUHAMMAD FARHAN bin MISRON
5)HAZIQ bin HAMADI
6)ADIB FITRI bin ISMAIL
7)NURUL NAJWA NAJAH bin HASMIL
TAHNIAH KERANA TERLIBAT DENGAN MAJLIS TERSEBUT.WALAUPUN INI SAHAJA YANG TERLIBAT ITU MEMBUKTIKAN GAYONG SMK DATO HARUN MASIH BERNYAWA DAN TAHNIAH KERANA DENGAN INI ANDA SEMUA SUDAH MENJADI ANAK GAYONG YANG SEBENAR.
P/S:- GAMBAR IHSAN DARI FB PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUALA SELANGOR.
No comments:
Post a Comment